SEJARAH MASJID SULTAN
MOHAMMED ALI PASHA .
Mohammed Ali Pasha berketurunan Albania telah diputerakan di
Bandar Qaulah (Qavalia), Macedonia Greece pada tahun 1182H / 1769M. Beliau
merupakan pengasas dan pemerintah dinasti terakhir system pemerintahan beraja
di Mesir. Beliau telah menganggotai angkatan tentera laut dan datang ke Mesir
bertujuan untuk memerangi tentera Perancis yang diketuai Napoleon Bonaparte.
Setelah tentera Perancis berundur, beliau dilantik sebagai
pemerintah Mesir menggantikan Khurshid Pasha pada tahun 1805. Masjid Muhammad
Ali dibina oleh beliau sebagai symbol pemerintahan beliau di Mesir yang
beraliran moden pada tahun 1830M. Pembinaan masjid ini telah diketuai oleh
seorang arkitek Turki bernama Youssef Coshna (Ali Bushnaq), seorang arkitek
bangsa Greek yang mengambil model Hagia Sophia (sebuah gereja yang ditukar
masjid di Turki). Pembinaan Masjid Muhammad Ali Pasha dimulai pada tahun 1830
atau sekitar tujuh abad setelah berdirinya Citadel dan selesai tahun 1848. Muhammad
Ali Pasha wafat di Istana Ras el-Tin Palace di Alexandria pada tanggal 2
Agustus 1849 dan dan dimakamkan di pemakaman Hosh al-Basha . Pada tahun 1857 ,
Raja Abbas 1 yang tak lain tak bukan beliau merupakan cucu kepada Sultan
Mohhamed Aki Pasha telah memindahkan maqam ke masjid tersebut dan kemudian jasad
Muhammad Ali Pasha sendiri ahirnya di makamkan di halaman masjid ini.
Suatu kisah menarik tentang Masjid Mohammed Ali ini, ketika
perang antara Mesir dan Israel dahulu masjid ini pernah menjadi sasaran peluru
berpandu Israel. Namun dengan kekuasaan Allah, ketika hendak dibom rumah Allah
ini, kabus tebal tiba-tiba muncul menyelimutinya. Pihak Israel tidak menjumpai
sasarannya. Benarlah firman Allah Taala:" Dan bagi Allah-lah apa-apa yang
dilangit dan apa-apa yang berada di bumi. Cukuplah Allah sebagai
pengawal."
SENI BINA MASJID
SULTAN MOHAMMED ALI PASHA :
Masjid ini juga terkenal dengan seni bina kerajaan
Byzantine. Seni Bina masjid berbentuk
empat segi, Seni bina masjid ini seakan – akan seperti rekaan Masjid Ayya
Sofiyya di Istanbul Turki , manakala keluasan kawasan ini ialah 52×54 meter
persegi yang dilapisi oleh marmar putih. Di tengah-tengahnya terdapat tempat
mengambil wudhu’ yang dihiasi dengan seni ukiran yang menarik. Jam antik di menara
jam di luar kawasan masjid (sebelah barat) ini adalah hadiah oleh Raja
Perancis, Louis Phillip kepada Muhammed Ali pada tahun 1945. Konon, sebagai
hadiah balasan, Raja Muhammad Ali Pasha memberikan obelisk (tugu runcing)
Ramses II dari Kuil Luxor (Luxor Temple) yang terdapat di pintu masuk. Saat
ini, obelisk Ramses II tersebut masih bisa dilihat di Place de la Concorde,
Paris. Menara azannya mencapai ketinggian 84 meter, ia juga turut dipengaruhi
oleh kesan seni arkitek Turki Uthmaniyyah . Terdapat di dalamnya sebuah perigi
yang dalam, dikenali dengan nama Perigi Yusuf. Terdapat dua mimbar yang kedua
dan juga digunakan sehingga sekarang. Masjid ini juga terdapat makam Muhammad
Ali Pasha yang terletak di bahagian kanan pintu masuk masjid ini. Seni bina
makam tesebut dipenuhi dengan ukiran bercorak tumbuh-tumbuhan . Ia merupakan
seni bina Islam kurun ke -19 yang paling menonjol dan banyak diziarahi
pelancong. Masjid Mohammed Ali disebut juga Masjid Marmar (The alabaster
Mosque) kerana bahan binaan dalamannnya mewah dengan marmar yang terbaik,
termasuklah mimbarnya juga diperbuat daripada marmar Bani Suef.
KEDUDUKAN :
Kedudukannya yang starategik membolehkan ia dapat dilihat
dari semua penjuru kota Kaherah. Manakala dari pemandangan luarnya ,dapat
dilihat pemandangan kota Kaherah secara keseluruhan. Masjid ini telah dibina di
dalam kubu perthanan yang dikenali sebagai Kubu Salahuddin Al Ayyubi yang telah
didirikan semasa zaman pemerintahan Sultan Salahuddin Al Ayyubi . .Baginda melihat bahawa Kota Kaherah begitu luas dan besar,
terdedah kepada bahaya dan serangan kerana tiada mempunyai sistem pertahanan
kubu yang ampuh sebagaimana di Halab dan Dimasyq, Syria khususnya semasa
perang Salib berlaku.
Kawasan dalaman masjid ini terdiri daripada
beberapa buah kubah. Keluasan bahagian dalamnya ialah 41 meter panjang, 21
meter lebar. Kubah besarnya mencapai ketinggian 52 meter dan dikelilingi oleh
kubah sederhana besar yang tertulis nama Khulafa’ ar-Rasyidin
di setiap penjurunya. Reka bentuk dalaman yang indah menjadikan suasana nyaman.
Sistem gema suara hasil lantunan padu di dalam masjid ini dapat didengar dari
segenap penjuru masjid walaupun tanpa menggunakan sistem mikrofon. Masjid ini
mempunyai lampu Chandier seberat 2 tan yang indah tergantung di
tengah-tengahnya. Sebelum adanya elektrik lampu-lampunya dinyalakan dengan
lilin.